“Takziah atas Pemergian Wira Negara Lans Koperal Mohd Afandi Jahwin Serta Doa Keselamatan Buat Lans Koperal Ahmad Zulhilmi Ahmad Tamizi “

إِنَّا لِلّهِ وَإِنَّـا إِلَيْهِ رَاجِعونَ

“Sesungguhnya kami adalah milik Allah dan kepada-Nyalah kami kembali.” (Surah Al-Baqarah: 156)

Saya dengan rasa dukacita dan penuh takzim ingin merakamkan ucapan takziah kepada keluarga Lans Koperal Mohd Afandi Jahwin yang telah kembali ke rahmatullah akibat lemas dalam insiden di Sungai Merah, Gerik.

Saya juga turut mendoakan agar Lans Koperal Ahmad Zulhilmi Ahmad Tamizi yang masih hilang dapat ditemukan dengan segera.

Kehilangan ini amat dirasai oleh seluruh rakyat Malaysia, terutamanya dalam kalangan anggota keselamatan yang sentiasa berkorban demi kedaulatan negara.

Firman Allah SWT:

وَلَا تَحْسَبَنَّ ٱلَّذِينَ قُتِلُوا۟ فِى سَبِيلِ ٱللَّهِ أَمْوَٰتًۢاۚ بَلْ أَحْيَآءٌ عِندَ رَبِّهِمْ يُرْزَقُونَ

“Dan janganlah kamu mengira orang-orang yang gugur di jalan Allah itu mati; sebenarnya mereka itu hidup di sisi Tuhan mereka dengan mendapat rezeki.”

(Surah Ali ‘Imran: 169)

Semoga Allah SWT mencucuri rahmat ke atas roh Allahyarham dan menempatkannya bersama para syuhada dan solihin. Bagi keluarga yang diuji, bersabarlah dan redhalah dengan ketentuan-Nya, kerana Rasulullah SAW bersabda:

نَبِّيْهَا أَنَّ اللَّهَ لَا يُصِيْبُ عَبْدًا فِي جَسَدِهِ وَلَا مَالِهِ وَلَا وَلَدِهِ إِلَّا كَتَبَ اللَّهُ لَهُ بِهَا حَسَنَةً، أَوْ حَطَّ عَنْهُ بِهَا خَطِيْئَةً

“Allah akan menggantikan setiap kesedihan seorang hamba dengan ganjaran pahala dan menghapuskan dosa-dosanya.”

(Hadis Riwayat Muslim)

Saya menyeru seluruh rakyat untuk bersama-sama mendoakan keselamatan semua yang terlibat serta memberikan sokongan moral kepada keluarga mangsa dalam menghadapi ujian yang berat ini. Semoga Allah SWT memberikan kekuatan dan ketabahan kepada mereka.

YB Datuk Dr. Ahmad Marzuk Shaary

Pengerusi Khidmat Malaysia

merangkap Ahli Parlimen Pengkalan Chepa

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *