Khidmat Malaysia dan Jabatan Amal Malaysia Pahang Bantu Mangsa Banjir di Raub

RAUB, 2 Disember – Susulan banjir yang melanda Daerah Raub, Khidmat Malaysia Kawasan Raub telah mengambil langkah proaktif dengan menubuhkan Dapur Rakyat untuk menyediakan makanan kepada mangsa yang terjejas. Pasukan sukarelawan bergerak pantas menghantar bantuan makanan kepada mangsa banjir.
Selain itu, Jabatan Amal Malaysia Pahang turut memainkan peranan penting dengan menggerakkan sukarelawan dari kawasan berhampiran bagi membantu membersihkan rumah-rumah yang terjejas akibat banjir. Operasi ini melibatkan kerja-kerja pembersihan lumpur, membuang sisa banjir, dan memulihkan keadaan rumah agar mangsa dapat kembali ke kediaman mereka dengan lebih selesa.
Inisiatif ini membuktikan komitmen tinggi masyarakat dan organisasi dalam membantu mangsa bencana. Mangsa banjir meluahkan rasa syukur atas bantuan segera yang diberikan, yang sedikit sebanyak meringankan beban mereka di saat sukar ini.
BERKHIDMAT UNTUK KEMANUSIAN
BERAMAL KERANA ALLAH



