Belia merupakan aset yang amat berharga serta tonggak dan kekuatan masa depan bagi sesebuah negara. Justeru para belia perlu diasuh, dididik dan diberikan bimbingan yang betul dan sempurna sehingga mereka menjadi generasi yang berilmu, beriman, beramal dan bertaqwa serta berakhlak mulia berpandukan Al-Qur’an dan As-Sunnah.

Sempena Hari Belia ini, ayuhlah sama-sama kita menghayati kalimat ‘Hamasatul Syabab Wa Hikmatu Syuyukh’ (semangat orang muda dan kebijaksanaan orang tua) yang menunjukkan bahawa betapa pentingnya integrasi antara golongan belia dan berusia ini demi menghasilkan negara yang lebih berjaya daripada sudut duniawi mahupun ukhrawi.

Selamat Menyambut Hari Belia Negara daripada Khidmat Malaysia.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *