Selamat Hari Bomba Sedunia

Khidmat Malaysia mengucapkan Selamat Menyambut Hari Bomba Sedunia khas kepada semua anggota bomba di atas pengorbanan semua anggota bomba kepada negara dan masyarakat.
Terima kasih atas segala jasa dan pengorbanan ‘wira merah’ dalam menghadapi pelbagai risiko bahaya demi menjaga keselamatan nyawa dan harta benda rakyat Malaysia.
Sumbangan bakti warga Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia akan sentiasa dikenang. Semoga dapat meneruskan perkhidmatan cemerlang dan dipelihara oleh Allah SWT.