El Nino: 406 hutan tanah gambut berisiko terbakar
El Nino: 406 hutan tanah gambut berisiko terbakar OPERASI pemadaman kebakaran tanah gambut boleh bertukar menjadi sangat mencabar apabila melibatkan...
Pertubuhan Pengurusan Kecemasan & Bencana Malaysia atau Khidmat Malaysia merupakan badan pengurusan, penyelaras, penyelamat, bantuan dan pemulihan bencana serta kecemasan yang berdaftar dengan ROS. Ditubuhkan pada 17 Disember 2013 dengan nama Malaysia Emergency & Disaster Management (MEDM), ditukar nama pada tahun 2015 kepada Khidmat Malaysia yang kini diketuai oleh Pengerusi, YB Dato’ Hajah Siti Zailah Mohd Yusoff, merangkap Ahli Parlimen Rantau Panjang, Kelantan dan Ketua Pengarah, Tuan Khairul Faizi bin Ahmad Kamil. Motto Khidmat Malaysia ialah “BERKHIDMAT UNTUK KEMANUSIAAN, BERAMAL KERANA ALLAH”. Visinya pula adalah untuk menjadi organisasi pengurusan penyelamat (rescue), bantuan (relief) dan pemulihan (rehabilition) bencana dan kecemasan yang terkehadapan di peringkat nasional. (To be a leading national organisation of rescue, relief and rehabilition for disaster and emergency management) Misi Khidmat Malaysia: Menjadi organisasi pilihan yang dipercayai dan diyakini di dalam pengurusan bencana dan kecemasan Mewujudkan pasukan profesional dalam mengendalikan bencana dan mengurus kecemasan yang sentiasa prihatin, bersiap siaga, terkehadapan dan efektif. Mewujudkan gerak kerja yang cekap, mahir dan berkesan dalam pengurusan sumber manusia, aset, maklumat dan kewangan. Membawa kesejahteraan kepada umat sejagat. Di bawah Khidmat Malaysia, terdapat 3 unit operasi utama iaitu Unit Rescue, Relief, Rehabilitation (3R), Unit Pengurusan Sumber Manusia & Latihan, Unit Telekomunikasi, Unit Logistik & Aset, Unit Kesihatan & Kaunseling, Unit Dana & Kewangan, Unit Research & Development, dan Unit Operasi & Bilik Gerakan.
El Nino: 406 hutan tanah gambut berisiko terbakar OPERASI pemadaman kebakaran tanah gambut boleh bertukar menjadi sangat mencabar apabila melibatkan...