KHIDMAT MALAYSIA PAHANG MENYUMBANG RM 37,475.00 KEPADA KM PUSAT UNTUK BANTU MANGSA BANJIR DI KELANTAN

Khidmat Malaysia Pahang ingin memaklumkan penghantaran bantuan ke Kelantan pada 5 Januari 2024.

Majlis pelepasan yang diadakan di Markas PAS Kawasan Lipis Kg Berembang ini telah disempurnakan oleh Timbalan Pesuruhjaya PAS Pahang, Encik Roslan Zainal Al-Ahmadi.

Bantuan yang dihantar termasuklah 800 beg beras bernilai RM 20,000.00 dan sumbangan tunai sebanyak RM17,475 .00, penghantaran menggunakan 8 buah kenderaan. Seramai 18 orang rombongan yang dipimpin oleh Tuan Mat Yunus bin Ismail Penyelaras KM Jerantut.

Keseluruhan sumbangan oleh adalah sebanyak RM37,475.00.Khidmat Malaysia Pahang ingin merakamkan ucapan terima kasih kepada semua pihak yang telah memberikan komitmen dalam masa yang singkat ini, termasuk pimpinan PAS Pahang dan kawasan serta KM kawasan.

Sebagai tanda penghargaan, KM Pahang mengucapkan jutaan terima kasih kepada semua penderma dan berdoa agar mereka diberikan ganjaran pahala yang banyak oleh Allah SWT. Ini adalah manifestasi solidariti dan kepedulian komuniti dalam menangani kesan bencana banjir yang melanda Kelantan.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *