Besut daerah keenam dilanda banjir, satu PPS dibuka

KUALA TERENGGANU: Besut menjadi daerah terbaharu dilanda banjir di Terengganu, susulan pembukaan satu pusat pemindahan sementara (PPS) di Sanggar Dato A Rahim Kampung Kayu Kelat malam tadi, bagi menempatkan lapan mangsa daripada dua keluarga.

Setakat jam 8 pagi ini, jumlah mangsa banjir di Terengganu meningkat sedikit dengan 2,693 orang dilaporkan terjejas, berbanding 2,622 mangsa daripada 637 keluarga di 36 PPS malam tadi.

Semua mangsa daripada 654 keluarga kini ditempatkan di 37 PPS di enam daerah.

Berdasarkan laporan Sekretariat Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri (JPBN) Terengganu, Dungun merekodkan jumlah mangsa tertinggi dengan 1,687 mangsa daripada 418 keluarga di 14 PPS.

Ia diikuti daerah Setiu dengan 336 mangsa daripada 94 keluarga di lapan PPS.

Tujuh PPS di Hulu Terengganu diaktifkan bagi menempatkan 282 mangsa daripada 64 keluarga.

Di Marang, seramai 44 keluarga membabitkan 249 mangsa terjejas.

Mereka ditempatkan di PPS di Dewan Sivik Wakaf Tapai, Sekolah Kebangsaan (SK) Rawai, SK Pengkalan Berangan dan Sekolah Menengah Kebangsaan Merchang.

Di Kemaman, tiga PPS masih beroperasi bagi menempatkan 131 mangsa daripada 32 keluarga.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *