Dua maut banjir landa Istanbul
ISTANBUL: Sekurang-kurangnya dua maut ketika hujan lebat membanjiri jalan dan kawasan perumahan di Turki, Istanbul.
Lebih 10 orang terpaksa diselamatkan selepas terkandas di dalam bangunan, manakala beberapa stesen kereta api bawah tanah ditutup.
Datuk Bandar Ekrem Imamoglu berkata kira-kira 130 liter air hujan bagi setiap meter persegi turun dalam masa kurang tiga jam.
Sementara itu, di barat laut Turki, dua pelancong dihanyutkan oleh arus deras yang melanda tapak perkhemahan.
Empat lagi hilang selepas banjir kilat melanda tapak perkhemahan di wilayah Kirklareli, berhampiran sempadan dengan Bulgaria.
Lima lagi disahkan terkorban di sempadan Turki-Greece dan Bulgaria.