Kilat sambar menara jam, hujan ribut di Makkah

JEDDAH: Senario yang jarang berlaku telah berjaya dirakam dari ketinggian pergunungan Makkah melalui video yang tular di YouTube, memperlihatkan kilat menyambar menara jam pada jam 8 malam Selasa (22 Ogos), waktu tempatan.

Pengguna media sosial telah berkongsi foto dan video adegan yang jarang berlaku  menunjukkan kilatan petir yang tebal mengenai bahagian atas menara jam Makkah dan menerangi langit selama empat, lapor The Gulf Today.

Menara jam Abraj Al-Bait Towers juga dikenali sebagai Makkah Clock Royal Tower (Menara Jam Diraja Mekah) adalah sebuah kompleks utama di Kota Suci Makkah, Arab Saudi.  

Tapak kompleks menara jam tersebut menempatkan bangunan kediaman dan kompleks hotel yang terdiri daripada tujuh menara gergasi terletak di seberang jalan ke selatan dari pintu masuk ke Masjidil Haram (Haram al-Sharif) yang menempatkan Kaabah.

Projek ini bertujuan untuk menjadikan masa Makkah sebagai salah satu masa yang utama di dunia dalam menghadapi saingan masa Greenwich, yang akan dihubungkan dengan pusat-pusat Jam Masa terbesar dan utama dunia seperti di London, Paris, New York dan Tokyo.

Saiz menara jam tersebut enam kali lebih besar daripada menara jam Big Ben yang terkenal di London itu turut mempunyai balkoni untuk pelawat di bawah setiap jam.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *