6 kilang terbakar di Sungai Buloh
Kebakaran besar berlaku membabitkan enam kilang pembuatan peralatan perabot di Kampung Baru, Sungai Buloh, hari ini.
Bomba Selangor berkata, setakat ini tiada mangsa terlibat dengan usaha pemadaman giat berjalan.
Dalam kenyataan, bomba berkata pihaknya menerima panggilan kecemasan pada 4.50 petang dan tiba di lokasi kejadian 12 minit kemudian. Anggota bomba dari empat balai digerakkan bagi operasi pemadaman.
Awal hari ini, sedutan video memaparkan kepulan asap besar menjulang tinggi dengan kejadian kebakaran dikongsi dalam media sosial.