TAHNIAH BUAT ALP KHIDMAT MALAYSIA YANG MENANG MENJADI AHLI DEWAN UNDANGAN NEGERI
Saya merakamkan sekalung tahniah buat 4 Ahli Lembaga Pengarah yang telah dipilih oleh rakyat untuk mewakili Dewan Undangan Negeri di negeri masing-masing selaku Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) yang mana pengundian telah selesai pada hari Sabtu lepas.
Majoriti mereka berpengalaman dalam pentadbiran dan pengurusan yang cemerlang di dalam bidang masing-masing.
1. YB Haji Hanafiah bin Mat merupakan ADUN Chukai, Terengganu yang mendapat undi sebanyak 18,394.
2. YB Dato’ Wan Romani Wan Salim merupakan ADUN Bukit Pinang yang mendapat undian sebanyak 23,041.
3. YB Ustaz Mohd Fairuz Mohd Isa merupakan ADUN Serting yang mendapat undian sebanyak 10,312.
4. YB Mohd Hj Radzi Md Amin merupakan ADUN Pedu yang mendapat undian sebanyak 14,397.
Semoga terus dipandu untuk mengisi kemenangan dan terus berkhidmat dan berbakti untuk kemanusiaan dan beramal kerana Allah swt.
Menang tidak meninggi diri,
Kita usaha, Allah yang beri,
Berkhidmat dan terus berbakti
Amal dan Usaha moga diberkati.
YB DATO’ HAJAH SITI ZAILAH MOHD YUSOF
Pengerusi Khidmat Malaysia