Jangan biarkan hari Jumaat berlalu tanpa kita bersedekah. Amalan bersedekah tidak mengurangkan harta , sebaliknya menambah harta dan menjauhkan kefakiran, kekurangan dan juga kesempitan hiduip.

” Sedekah itu tidak akan mengurangi harta. Tidak ada orang yang memberi maaf kepada orang lain melainkan Allah akan menambah kemuliaannya, dan tidak ada orang yang merendahkan diri kerana Allah melainkan Allah akan mengangkat darjatnya ” ( Riwayat Muslim )

Di Hari Jumaat yang mulia ini, Khidmat Malaysia telah membuka peluang kepada orang ramai untuk menyumbang melalui Tabung Infaq Jumaat.

Hasil sumbangan tuan/puan akan digunakan bagi persediaan ketika menghadapi bencana yang datang tanpa diduga. Ayuh sama-sama ringankan beban mereka.

Sumbangan boleh disalurkan melalui: https://toyyibpay.com/sumbangan-umum-bencana

Semoga dengan keberkatan infaq pada Hari Jumaat penuh barakah ini, Allah permudahkan semua urusan kita dunia dan akhirat. aamiin

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *