Covid-19, gelombang haba punca demam, selsema
Kes-kes demam, batuk dan selesema yang menular sekarang berpunca dua faktor iaitu kemungkinan jangkitan Covid-19 serta gelombang haba.
Pakar Kesihatan Komuniti Fakulti Perubatan Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM), Prof. Dr. Sharifa Ezat Wan Puteh berkata, sikap masyarakat yang memandang ringan wabak Covid-19 dan mengabaikan SOP mungkin mengakibatkan seseorang itu dijangkiti wabak tersebut tanpa disedari.