Khemah diterbangkan ribut, penduduk batal rumah terbuka

Kuala Lumpur: Penduduk Flat Taman Keramat Jaya, Dato Keramat di sini menempuh detik cemas apabila khemah dipasang sempena majlis rumah terbuka diterbangkan ribut.

Difahamkan, majlis itu terpaksa dibatalkan selepas beberapa khemah yang dipasang di pekarangan flat diterbangkan angin kencang hari ini.

Sementara itu, suasana di pusat beli belah Pavilion turut gempar apabila beberapa serpihan objek bersaiz besar terjatuh pada 7.20 malam ketika hujan lebat dan angin kencang.

Kejadian itu tular selepas satu video memaparkan orang awam bertempiaran lari masuk ke dalam pusat beli belah untuk menyelamatkan diri.

Terdahulu Harian Metro melaporkan, Angkatan Pertahanan Awam menerima 19 laporan berhubung kejadian pokok tumbang di ibu negara.

Sementara itu, Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Kuala Lumpur melaporkan, lapan kereta dan lima motosikal mengalami kerosakan akibat dihempap pokok.

Kerja-kerja pembersihan sedang giat dijalankan dan tiada kemalangan jiwa dilaporkan setakat ini.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *