KOTA BHARU: “Tiada istilah curi air memandangkan apa yang dilakukan dalam pengetahuan Air Kelantan Sdn Bhd (AKSB) serta pihak Bomba dan Penyelamat,” kata Ahli Parlimen Rantau Panjang, Dato’ Siti Zailah Mohd Yusoff.

Katanya, dalam keadaan kecemasan sekarang semua pihak termasuk agensi kerajaan perlu bekerjasama membantu menangganinya dan bukan mencari salah sesiapa.

Kata kata beliau AKSB mencadangkan bekalan air diambil daripada pili bomba kerana ia tidak menjejaskan keperluan air apabila berlaku sesuatu kecemasan.

“Air daripada pili Bbomba tidak mungkin kering kerana ia sentiasa ditambah secara automatik apabila berlaku pengurangan bekalan air,” katanya ketika dihubungi di sini.

Baru-baru ini ada pihak menggembar-gemburkan ada ahli parlimen kononnya mencuri air bomba untuk dibekalkan kepada penduduk.

Siti Zailah berkata, pada 18 April lalu anggota Bomba dan Penyelamat turut membantu mendapatkan air daripada pili bomba untuk dibekalkan kepada penduduk yang menghadapi masalah bekalan air.

Menurutnya pihak Bomba turut membantu cara-cara untuk membuka dan mengambil air daripada pili bomba.

Kata beliau juga isu kekurangan tekanan air melibatkan banyak daerah dan bukannya hanya berlaku Rantau Panjang sahaja terutamanya ketika musim kemarau.

“Penggunaan saluran paip di Kelantan adalah secara guna sama antara agensi AKSB dan Bomba dan perkara itu sudah sedia maklum oleh semua pihak.

“Apa yang dilakukan itu untuk memudahkan orang ramai yang mengalami masalah bekalan air terutamanya di musim kemarau sekarang,” ujarnya.

Beliau juga berkata, anggota sukarelawan dari Pusat Khidmat Ahli Parlimen turut membantu sehingga jam 4 pagi mengangkut air setiap hari dihantar kepada penduduk yang ramai memerlukan air. – HARAKAHDAILY 8/5/2023

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *