Penyerahan sumbangan bantuan bencana banjir kepada PASTI Johor
8 April: Ketua Pengarah Khidmat Malaysia Pusat, Tuan Khairul Faizi Ahmad Kamil telah menghadiri program Usrah Perdana Guru PASTI dan Khatam Al Quran pada 8 April 2023 bertempat di Masjid Airport Senai bagi penyerahan sumbangan bantuan bencana banjir kepada PASTI Johor yang terjejas akibat banjir baru-baru ini.
Sebanyak RM 5,000 telah disumbangkan kepada PASTI Johor oleh Ketua Pengarah KM. Selain itu, PASTI Negeri Selangor turut memberi sumbangan sebanyak RM10,000.
Pertubuhan Amal Perubatan Ibnu Sina Malaysia (PAPISMA) yang turut menyerahkan sumbangan Zakat kepada guru-guru PASTI yang terdiri dari golongan Asnaf. Seramai 40 orang menerima sumbangan berupa wang tunai dan beg makanan yang disampaikan oleh Dr. Hairin Anisa Tajuddin, Timbalan Pengerusi PAPISMA.
Manakala bagi guru yang terlibat banjir mendapat sumbangan RM 300 dari skim PASTI, RM 100 dari Majlis Guru PASTI Malaysia.
Program telah berlangsung dengan penglibatan guru lebih 600 orang.
BERKHIDMAT UNTUK KEMANUSIAAN, BERAMAL KERANA ALLAH