Sumbangan pek makanan di Bumi Kenyalang
4 April 2023:Ketua Pengarah Khidmat Malaysia Pusat, Khairul Faizi Ahmad Kamil telah santuni mangsa banjir Kampung Siol Kandis & Kampung Sungai Midin di Kuching yang terkesan dengan bencana banjir baru-baru ini.
Sebanyak 10 pek bakul makanan yang mengandungi beras dan pek makanan asas telah disumbangkan.
Turut bersama Setiausaha KM Pusat, Sdr. Mohd Ashrul Hisyam, Bendahari KM Pusat, Sdr. Mohd Aafiffuddin dan seorang Pegawai KM, Sdr. Muizzuddin.
Bersama juga Pengerusi Lajnah Kebajikan Negeri merangkap Timbalan Yang Dipertua PAS kawasan Sdr. Rasidi Haron dan Ketua Muslimat PAS Sarawak ketika sumbangan dijalankan.
Semoga dengan pemberian sumbangan ini sedikit sebanyak dapat meringankan bebanan penduduk di sini.
BERKHIDMAT UNTUK KEMANUSIAAN, BERAMAL KERANA ALLAH