Kedah dijangka alami banyak ribut, puting beliung sehingga Mei

Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) meramalkan Kedah bakal melalui lebih banyak kejadian ribut dan puting beliung susulan peralihan monsun yang telah bermula 23 Mac lalu dan dijangka berakhir pertengahan Mei depan.

Pengarah MetMalaysia Kedah, Muhammad Khalil Abd Aziz berkata Kedah terdedah kepada kesan fasa peralihan daripada Monsun Timur Laut (MTL) itu kerana bentuk muka bumi negeri ini.

“Pada Khamis ming­gu lalu berlaku peralihan monsun yang akan berlangsung sehingga perte­ngahan Mei.

“Semasa peralihan monsun ini akan berlaku di mana cuaca sebelah pagi cerah namun sebelah petang hingga malam dijangka hujan lebat dan angin kencang.

“Kedah berpotensi un­tuk kejadian angin ken­cang termasuk puting beliung kerana bentuk muka bumi negeri ini yang banyak kawasan la­pang seperti sawah padi seperti beberapa kejadian ribut berlaku pada hari berkenaan di Kubang Pa­su dan di selatan Kedah, kelmarin,” katanya menurut Utusan.

Sehubungan itu beliau menasihatkan orang ramai agar sentiasa berwaspada dengan perubahan cuaca, terutama sebelah petang memandangkan kejadian ribut dan puting beliung itu mampu menjejaskan struktur yang tidak kukuh.

“Cuba elak berada di kawasan yang dilanda ri­but ketika kejadian. Kalau kejadian di rumah cari sudut rumah yang paling kukuh dan selamat untuk berlindung.

“Ribut petir ini juga dijangka berlaku di sekitar perairan Kedah. Jadi nelayan kalau boleh cuba elak daripada ke laut pada waktu petang,” katanya.

Muhammad Khalil berkata selain ribut dan puting beliung peralihan monsun tersebut juga dijangka mengakibatkan kejadian banjir kilat, kepala air, pokok tumbang, tanah runtuh dan panahan kilat.

Kelmarin, kira-kira 60 buah rumah di Yan dan Pokok Sena mengalami kerosakan pada struktur bumbung ekoran dilanda angin kencang selain 50 unit khemah karnival Aidilfitiri di Padang Serai turut rosak akibat cuaca terbabit.

BERKHIDMAT UNTUK KEMANUSIAAN, BERAMAL KERANA ALLAH

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *