Gempa bumi Turkiye: 200 kontraktor ditahan

ISTANBUL – Turkiye menahan hampir 200 kontraktor atas dakwaan melakukan kerja pembinaan bangunan tidak ikut spesifikasi ditetapkan kerajaan sehingga puluhan ribu bangunan ranap selepas gempa bumi kuat melanda negara itu awal bulan ini.

Kementerian Kehakiman Turkiye berkata, kira-kira 50,000 orang terbunuh di seluruh Turkiye dan Syria selepas gempa bumi berukuran 7.8 pada skala Richter melanda 6 Februari lalu, dengan sekitar 9,000 gegaran susulan dikatakan turut berlaku.

Menurut kementerian itu, sebenarnya 626 orang dinamakan sebagai suspek dikaitkan dengan tragedi bangunan runtuh sepenuhnya atau rosak teruk berikutan gempa bumi.

Namun, sebahagian daripada suspek itu sendiri dilaporkan maut dalam gempa bumi terbabit manakala polis kini masih memburu yang lain. – Agensi

BERKHIDMAT UNTUK KEMANUSIAAN .. BERAMAL KERANA ALLAH

KhidmatMalaysia

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *